Tuesday 3 July 2012

PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI BERDASARKAN MODEL K


Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam 9th International Sports science Conference, di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia tarikh: 25 hingga 28 Jun 2012 anjuran Sports Science Unit, School of Medical Science & Kelab Sukan Kecergasan Kesihatan Kota Bharu, USM.
 
PENTAKSIRAN KOMPREHENSIF DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI BERDASARKAN MODEL K (COMPREHENSIVE ASSESSMENT IN PHYSICAL EDUCATION BASED ON K MODEL)

*Norkhalid bin Salimin1  dan Julismah Jani2

1 Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak, Malaysia.
2 Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia

Email address of corresponding author: alittsalimin@yahoo.com

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pencapaian aras pembelajaran pelajar berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif menggunakan Pentaksiran Komprehensif (PK) berdasarkan Model K bagi permainan bola baling dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Reka bentuk kajian berupa kaedah pra eksperimen - kajian kes sekali. Kajian dijalankan di sekolah-sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam negeri Perak. Sampel terdiri daripada 17 orang guru dan 508 orang pelajar Tingkatan 2. Kesahan kandungan PK adalah r = 0.82, kebolehpercayaan instrumen PK bagi ujian kognitif (r = 0.78), psikomotor (r = 0.90) dan afektif (r = 0.83). Bagi soal selidik persetujuan guru terhadap penggunaan PK, kebolehpercayaan adalah r = 0.82 manakala peratus persetujuan antara penguji (73.61%, SD = 0.54). Keputusan kajian menunjukkan pencapaian kognitif berada pada tahap baik (M = 67.35, SD = 11.75). Pencapaian pembelajaran psikomotor semasa sesi latihan adalah pada aras manipulasi (M = 2.22, SD = 0.47) dan semasa sesi permainan pada aras menghubung kait (M = 3.48, SD = 0.77). Aras pencapaian pembelajaran afektif adalah pada membina perwatakan (M = 4.35, SD = 0.77). Kajian ini juga mendapati 91.62% guru bersetuju bahawa penggunaan PK meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar, 88.24% membantu dalam pengurusan pengajaran guru, 96.40% bersetuju pentaksiran mencapai objektif pengajaran, 82.96% bersetuju bahawa pentaksiran menepati ciri-ciri perlaksanaan dan 56.44% setuju bahawa PK menepati aspek akauntabiliti. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Model K dalam pembinaan instrumen PK adalah sesuai digunakan oleh guru sebagai satu pentaksiran alternatif yang piawai bagi menilai pencapaian pembelajaran pelajar dalam tajuk permainan bola baling bagi mata pelajaran PJ.

No comments:

Post a Comment